Monday, February 20, 2012

Teori Pemerolehan Bahasa


Teori Interaktionis (HALLIDAY)
Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya. Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa.

Pandangan ahli Interaksionalis
·         Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan
bentuk linguistik yang jelas dan tepat
Pandangan Dalam P&P
·         Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik
·         Mementingkan proses pembentukanhipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam p&p
·         Seseorang pelajar perlu menggunakanstruktur-struktur bahasa yang betul darisegi tatabahasa dan makna
·         Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid
·         Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa
perlu berjalan serentak
·         Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betu

Prinsip P&P Interaksionalis
·         Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi
·         Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik
·         P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna


3. Faktor-faktor yang mempengaruhi Pemerolehan bahasa.
Kematangan·          Faktor kematangan mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berlainan. Kematangan otak kanak-kanak yang berkembang dengan cepat dapat menguasai kemahiran bahasa. Mereka mempunyai kemahiran mendengar dan kemahiran pemprosesan maklumat yang baik, jadi mereka dapat mempelajari bahasa dan memahaminya dalam tempoh yang singkat. Sebaliknya, perkembangan otak kanak-kanak yang kurang matang atau tidak matang, kemungkinan besar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dan mempelajari dengan lebih lambat jika berbanding dengan kanak-kanak biasa.

·                   Selain itu,  perkembangan yang berlaku pada satu tahap juga akan mempengaruhi tahap seterusnya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak dan sedar bahawa untuk menyediakan persekitaran, kegiatan dan rangsangan yang sesuai dengan kebolehan dan kesediaan anak mereka. Hal ini disebabkan jika perkembagan kanak-kanak diurus dengan baik, kematangan otak mereka dapat berkembang dengan normal dan tidak mempengaruhi mereka untuk menguasai kemahiran bahasa.

Persekitaran
·         Faktor-faktor persekitaran merangkumi keluarga dan sekolah yang mempengaruhi pemerolehan bahasa.
·         Keluarga merupakan lingkungan pertama dan utama yang memberikan landasan dasar bagi proses belajar pada lingkungan sekolah dan masyarakat. Lingkungan keluarga yang berpengaruh terhadap perkembangan belajar anak berupa fisik dan sosial psikologis. Lingkungan fisik dalam keluarga adalah keadaan rumah, tempat belajar, sarana prasarana di rumah dan suasana dalam rumah atau disekitar rumah. Sedang kondisi dan suasana sosial psikologis dalam keluarga menyangkut keutuhan keluarga, iklim psikolois dan iklim belajar serta hubungan antara keluagra.
·         Ibu bapa berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu anak mereka dalam pemerolehan bahasa. Ibu bapa perlu sering mengajar dan melatih anak mereka bercakap dan membaca kerana ini dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa dengan baik.

·         Lingkungan sekolah juga memegang peranan penting bagi perkembangan belajar kanak-kanak. Hal ini disebabkan, kanak-kanak mendapatkan pengetahuan lain yang lebih banyak dan kompleks di sekolah berbanding dengan keluarga. Lingkungan sekolah ini berupa lingkungan fisik sekolah dan lingkungan sosial. Lingkungan fisik meliputi linkungan sekolah, sarana prasarana, sumber belajar, dan media belajar. Keadaan belajar di sekolah akan mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak. Untuk meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak, pihak sekolah mestilah menyediakan suatu persekitaran pembelajaran bahasa yang selesa dan baik.

Kognitif
·         Perkembagan otak yang tidak sempurna akan menyebabkan kognitif kanak-kanak terjejas. Perkembangan otak yang lebih lambat akan menyebabkan pemerolehan bahasa kanak-kanak kurang memuaskan. Biasanya disebabkan semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.
·         Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat awal perkembangan mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh diperhatikan melalui tingkah laku mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan contengan yang mereka lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky, 1978). Menurut aliran ini membuktikan bahawa apabila seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk mempelajari dunia di persekitarannya melalui pancainderanya. Pengetahuannya tentang dunia di sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan bahasa dan bacaannya.

No comments:

Post a Comment