Friday, January 13, 2012

BMM3106 (sambungan)


BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (Remedial and Enrichment in Primary School Malay Language Teaching)

1. Mengenal Pasti Murid
- Memerhatikan murid belajar
- Temu ramah/interaksi dengan murid
- Menganalisis hasil kerja bertulis
- Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lambat daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas.
2. Menganalisis Masalah
- Menganalisis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid tertentu
- Ujian diagnostik biasanya digunakan untuk menentukan punca kelemahan murid selepas sesuatu kemahiran dijalankan.
- Guru hanya memulihkan masalah pembelajaran sahaja. Masalah lain dirujuk kepada pihak tertentu.
3. Perancangan dan Penyediaan Bahan (Membuat perancangan)
- Membuat rancangan program pemulihan berdasarkan punca kelemahan pembelajaran murid yang berkenaan.
- Guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan
Guru harus mematuhi prinsip tersebut :
Aktiviti p&p harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang dikesan.
-Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak dan daripada mudah kepada susah mengikut kebolehan dan pengalaman murid.

Pada peringkat permulaan, pelbagai jenis ABM perlu digunakan untuk membantu murid-murid memahami konsep yang diperlukan dalam menguasai kemahiran.
- Semua simbol dan istilah harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau alat bantu mengajar supaya murid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah dilakukan dahulu.
- Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru. (utk matematik). Soalan-soalan yang diberikan haruslah daripada mudah kepada susah, demi membina keyakinan murid terhadap kebolehan mempelajarinya.
- Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis di dalam kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan soalan secara bertulis. Penilaian ini akan menentukan sama ada objektif pengajaran itu tercapai atau tidak.

4. Pengajaran dan pembelajaran
- Melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang
- Pengajaran pemulihan dalam kelas biasa dijalankan semasa murid-murid lain membuat latihan atau menjalani aktiviti pengayaan.
- Semua aktiviti pemulihan hendaklah ditumpukan kepada pengajaran satu kemahiran tertentu
- Masa yang digunakan biasanya antara 10-15 minit.
- Aktiviti ujian/penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan.
Keputusan penilaian haruslah dimasukkan ke dalam profil murid. Rekod ini akan menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya.

5. Ujian dan Penilaian - Aktiviti ujian/penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan.
-Keputusan penilaian haruslah dimasukkan ke dalam profil murid. Rekod ini akan menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya.

6. Tindakan Susulan
Murid pemulihan / bermasalah yang telah berjaya dalam program pemulihan, mereka boleh mengikuti pelajaran baharu dengan murid sekelas yang lain. Jika murid pemulihan masih gagal, guru harus menggunakan senarai semak untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang dijalankan.

No comments:

Post a Comment