Friday, January 13, 2012

BMM3106


KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

  • Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
  • Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.
  • Pendidikan pemulihan juga disebut sebagai ‘Remedial education’ dalam bahasa Inggeris, iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan
  • Pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.
  • PendidikanPemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa.
  • Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan.
  • Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa.
  • Aktiviti yang dijalankan juga khas, iaitu menepati kehendak ‘ menjadikan pulih ‘.
  • Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kurang atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

Kesimpulan Definisi

Kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring serta setaraf dengan rakan mereka yang lain.

No comments:

Post a Comment