Friday, January 13, 2012

BMM3106


BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (Remedial and Enrichment in Primary School Malay Language Teaching)
Pemulihan
Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid. Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dalam jangka masa yang ditetapkan boleh diberikan aktiviti yang lebih mencabar untuk dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Murid-murid berbeza dari segi kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran. Oleh itu, untuk memenuhi hasrat menyediakan kemudahan-kemudahan yang cukup serta memberi peluang menerima pelajaran yang sama untuk semua, Rancangan Kurikulum Rendah mengandungi program pemulihan dan pengayaan. Berasaskan prestai murid yang dikesan melalui sistem penilaian, murid-murid yang mencapai taraf yang ditentukan diberi peluang mengikuti program pengayaan. Murid-murid yang tidak mencapai taraf tersebut diberi kegiatan pemulihan. Sungguhpun demikian, mereka juga akan mendapat peluang mengikuti aktiviti-aktiviti pengayaan berdasarkan kebolehan dan keupayaan mereka. 

Langkah-langkah Khusus Dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan.
1. Mengenal pasti murid-murid
2. Penganalisisan Masalah
3. Perancangan dan penyediaan bahan
4. Pengajaran dan pembelajaran
5. Ujian dan penilaian
6. Tindakan susulan

No comments:

Post a Comment